Posts

Showing posts from November, 2009

MURTAD: Mukmin perlu berjihad menentang murtad « a journey of life, beyond the sight..

MURTAD: Mukmin perlu berjihad menentang murtad « a journey of life, beyond the sight..

Kelebihan 10 Zul-Hijjah @ Hari Raya Haji

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah: Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah. Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya: 1. Firman Allah I : { والفجر. وليال عشر } Surah Al-Fajr: 1-2. Maksudnya: “Demi fajar dan malam yang sepuluh”. Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikianlah tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari). 2. Dari Ibnu Abbas س, Rasulullah r telah bersabda: ( ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر). قالوا : ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء ) [رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له]. Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di

Semalam - by Sherry

Image
Semalam aku disini hari ini aku tetap disini menanti dan terus menanti menunggu saat bahagia akan kembali. Semalam hanya tinggal sejarah hari ini realiti yang tak bisa aku ubah mencari dan terus mencari kebahagiaan yang telah lama pergi. Semalam takkan ku tangisi andai hari ini duka menjengah lagi kerana aku terus yakini aku punya Dia yang sentiasa disisi.

Istimewanya wanita disisi Allah S.W.T

a. Kelebihan wanita daripada Lelaki 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh. b. Anak Perempuan lebih istimewa 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

Wanita itu cantik bila...

Image
Cantik wanita kerana kejernihan wajah...wajah yang jernih adalah kerana wuduk yang sempurna..tak pernah sekalipun meninggalkan solat tanpa keuzuran.. Manis wanita kerana senyuman yang indah...senyuman yang indah lahir dari hati yang ikhlas dari hati yang suci bersih..bukannya senyuman terpaksa dan tak ikhlas...senyuman ikhlas boleh menenangkan jiwa yang bergelora..senyuman ikhlas mampu merawat hati yang luka..senyuman punyai kuasa mengeratkan tali silahturrahim sesama manusia... Ayu wanita kerana keserhanaan lahiriah... sederhana dalam berpakaian dan berpenampilan...sejuk mata memandang bukannya mengundang dosa pada mata yang melihat..betapa Allah S.W.T sangat menyayangi kaum hawa daripada perlakuan durjana kerana itu Dia menyeru kaum hawa menutup aurat sebaik-baiknya demi menjaga maruah diri.. Hebat wanita kerana keimanan yang teguh...takkan pernah melupakan tanggungjawabnya kepada penciptanya...mencintai Allah S.W.T melebihi segala-galanya... cinta padaNya cinta hak