Posts

Showing posts from March, 2015

Cerita si anak laut - by Sherry

Sebuah keluarga tinggal di hujung dunia Tiada harta mahupun tanah Rumah usang menjadi saksi Derita di masa muda hingga kini Hidup mereka teramat susah Hasil lautan punca rezeki Di kala musim tengkujuh menjengah Perut harus diikat rapi Hidupnya penuh duri dan liku Setiap keinginan pasti didahului kesusahan Namun akhirnya akan ada jalan keluar Kerana Dia yang Maha mengasihani insan yang terus berjuang Kemiskinan Di mana semua kemahuan terbatasi Di mana semua keinginan tinggal angan angan Dimana keperluan takkan terpenuhi Perut terpaksa menahan lapar Perlu bergelap setiap malam Hujan menjadi saksi semalam Derita hidup penuh kelam Dia hanya insan kerdil Namun semangat tetap utuh Menjadi perwira di medan perang Penghapus kemiskinan tegar Cita, cinta dan impiannya setinggi awan Ingin makan makanan yang paling enak dan mengenyangkan Belayar menjelajah ke seluruh dunia Dan menuntut ilmu sehingga penghujung jalan cerita