Wanita gagah bila...


Perempuan sering kali dianggap sebagai manusia yang paling lemah. Perempuan tidak segagah dan sekuat kaum Adam. Tapi kegagahan perempuan bukanlah pada pejalnya otot badan, kuatnya badan dalam pertempuran tetapi kegagahan perempuan terletak pada kekuatan perasaan. Kerana hakikat kaum Hawa adalah penuh dengan emosi. Perempuan yang gagah adalah:




1. Perempuan yang tahan apabila menerima sebuah kehilangan. Kehilangan orang-orang yang disayangi. Kehilangan barang-barang yang berharga. Dia takkan lemah menghadapi kehilangan kerana dia tahu dan yakin sepenuhnya Allah S.W.T takkan menguji sesuatu kepada hambah-hambahNya di luar batas kemampuan mereka.



2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Tidak takut pada kekurangan. Kerana kemiskinan dan kekurangan itu lebih bermakna dan lebih dekat denganNya. Kita takkan berhenti berdoa dan meminta rahmatNya tak kira waktu. Kita akan lebih mengingati Dia saat kita kesusahan dan kesukaran. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan penyayang.



3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. Perempuan yang rela berjauhan daripada insan tersayang baik yang masih hidup ataupun telah pergi menghadap Allah S.W.T



4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. Tidak meminta-minta benda yang di luar kemampuan dan tidak menurut nafsu. Perempuan yang tahu membezakan antara keperluan dan keinginan.



Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman. Sesungguhnya seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



Aku ingin jadi perempuan gagah. Tahan pada kehilangan, tak takut pada kemiskinan, tabah menanggung kerinduan dan aku takkan meminta agar keinginan ku dipenuhi. Aku ingin jadi seperti Khadijah. Isteri Rasulullah yang sungguh gagah. Sentiasa disisi suami tercinta tak kira susah mahupun senang. Aku ingin jadi perempuan gagah yang teguh dan kukuh imannya. Insya Allah

Comments

Anonymous said…
tetap bersyukur diciptakan sbg wanita^_^

Popular posts from this blog

Penguasa Kastam W41

Weekend Stories: Jogging at Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort