kenali UMT..my uni

UMT(Universiti Malaysia Terengganu) dulu lebih dikenali sebagai KUSTEM. Sebut saja Kustem suma orang tahu tapi bila kata UMT..huh! mesti orang tanya balik..UMT tu apa?..so biar aku bagitau korang serba sedikit pasal UMT nie..
start 1 Februari 2007 KUSTEM dengan rasminya ditukar taraf sebagai universiti penuh dengan nama UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT). Orang da tak panggil kustem lagi da..lepas tu ada 4 fakulti kat UMT nie, first Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM). Oleh sebab aku nie student accounting so aku kat FPE la..hehe

nie gambar Dewan Sultan Mizan. orang selalu kata bentuk ia serupa macam kura-kura..hehe tapi memang nampak macam kura-kura jugak..
Antara prasarana yang terdapat kat UMT nie antaranya ialah asrama, kafeteria, Wi-fi, pusat kesihatan, auditorium, bank, library, gimnasium, dewan Sultan Mizan kompleks kuliah, kelas pintar, kemudahan pengangkutan, makmal komputer dan sains, bilik tele-sidang, dewan persidangan, kemudahan skuba, sukan dan rekreasi dan studio rakaman dan suntingan audio visual.

nie plak bangunan Canseleri UMT..bentuk L tau..nie gambar dari belakang..

bangunan FPE bersebelahan dengan tasik hijau..haha tasik tu memang warna hijau betul dan yang paling best banyak biawak dan ikan-ikan kot..huhu

pulau bidong..

bagi first student, kita orang kena pi pulau bidong..best sangat..
kita orang kena wat survival laut iaitu cara-cara yang betul bila nak terjun ke laut bila ada kecemasan kat kapal..hehe tapi jangan lupa pakai life jacket tau especially kepada mereka yang tak reti berenang macam aku jugak..hahaha..pastu pi memancing kat laut..aku dapat ikan jugak tau seekor..hehe walaupun ikan tu kecil ja tapi best sangat bila pancing kita mengena..hehe hapy sangat2..kita orang pi berkayak jugak pi tempat pelarian vietnam..kat situ ada tinggalan sejarah macam rumah dan tokong..cantik sangat..pastu nak balik ke camp site kita orang wat jungle trekking..hehe tak mencabar sangat la tapi sesuai untuk semua pelajar gitu..aktiviti yang paling aku suka ialah snorkelling..hehe syiok gila o..dapat tengok ikan-iakn dan terumbu karang kat dasar lautan memang indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.. sampai aku kena sound suruh naik ke pantai masa untuk tu da habis..tapi rasa tak puas lagi macam tak nak naik ke pantai da..haha tapi budak baik kena dengar cakap kan..hehehe


nie plak taman UMT dekat dengan pantai..senior kata bangunan depan taman nie bekas bangunan canseleri mungkin sebab tu la tempat nie cantik sikit..hehe

dan nie of course la aku..hahaha ada gaya macam model tak? hehehe..model sambilan yang tak bertauliah..hanya ambik untuk suka-suka..

ambil gambar nie masa kita orang wat BBQ..time hujan2 plak tu..tapi yang tak bestnya 2 jam kitaorang tunggu budak-budak yang wat program nie..geram sangat tapi still ble sabar lagi..yang penting  makan dulu..hehe

banyak lagi tempat nak tunjuk tapi lain kali la plak..simpan wat inventory..hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Penguasa Kastam W41

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort