Posts

Showing posts from December, 2009

Muhasabah cintaku

Betapa lelah diriku ini.. betapa sakit kurasa.. Sungguh berat ujian dari Mu.. adakalanya aku hampir putus asa.. kaki ku hampir lemah untuk terus melangkah.. hatiku hampir mati tak bernyawa.. Namun kupasrahkan semua pada Mu.. hanya tawakkal pada ketentuan Mu.. Tuhan baru ku sedar.. sering kali aku terlupa.. betapa Indah nikmat sehari itu. tak terbanding dengan apapun.. sungguh.. Tak pandai aku bersyukur.. Tak cukup aku merasa puas.. ampunkan aku ya Allah.. Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.. Tuhan kuatkan aku.. Tuhan jadikan aku manusia yang tegar Lindungi aku dari putus asa.. Lindungi aku dari terus merasa lemah..

Wanita gagah bila...

Image
Perempuan sering kali dianggap sebagai manusia yang paling lemah. Perempuan tidak segagah dan sekuat kaum Adam. Tapi kegagahan perempuan bukanlah pada pejalnya otot badan, kuatnya badan dalam pertempuran tetapi kegagahan perempuan terletak pada kekuatan perasaan. Kerana hakikat kaum Hawa adalah penuh dengan emosi. Perempuan yang gagah adalah: 1. Perempuan yang tahan apabila menerima sebuah kehilangan. Kehilangan orang-orang yang disayangi. Kehilangan barang-barang yang berharga. Dia takkan lemah menghadapi kehilangan kerana dia tahu dan yakin sepenuhnya Allah S.W.T takkan menguji sesuatu kepada hambah-hambahNya di luar batas kemampuan mereka. 2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Tidak takut pada kekurangan. Kerana kemiskinan dan kekurangan itu lebih bermakna dan lebih dekat denganNya. Kita takkan berhenti berdoa dan meminta rahmatNya tak kira waktu. Kita akan lebih mengingati Dia saat kita kesusahan dan kesukaran. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan penyay

Aku rindu - by Sherry

Image
aku rindu ibu aku rindu ayah kasih sayang mereka buat aku bahagia perhatian mereka buat aku gembira aku rindu ibu masakan ibu belaian ibu aku rindu berdamping dengan ibu aku rindu ayah kata-kata ayah semangat ayah aku rindu berdamping dengan ayah walau jarak memisahkan jasad namun di hatiku tetap dekat biar waktu terus berputar namun kerinduan itu tetap mekar

Matikah Hati Kita?..Renung-renungkanlah

Image
Daripada Ustaz Zainudin Hashim Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam d

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort

Image
Sampai kat TER(TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT) tu kita orang kenal la dengan cikgu kita orang bak kata pengerusi KEC tu...sorang melayu sorang lagi indian..kita orang punya kelas special tau kat arena punyalah best angin dia.. firstly intro dia pasal teori la... tapi memang banyak benda nak kena hafal kena kenal kuda dari segala aspek.. apa nama bahagian-bahagian kuda dan macam-macam lagi.. nie la sifu-sifu kami, Encik Zahari & Mr. Lingesh                    Pastu kita orang ada praktikal juga tau itu yang penting sebenarnya. Firstly kita orang diajar macam mana nak dekati kuda, bawa dorang jalan dan membelok dengan betul... aq punyalah takut macam nak mati ja masa kena wat tu..berdebar-debar macam aq jumpa prince aq ja..hahaha padahal nak bawa kuda pi jalan-jalan ja...huh punyalah gabrah... kat bawah nie gambar aksesori kuda..bkn pakai tuk saja-saja tau! semua ada fungsi tersendiri.. dan yang nie plak muka-muka comel kuda yang ada kat TER Tengah hari tu kita ora

Cinta - by Sherry

Cinta itu apa? semua insan bicara tentang cinta cinta kekasih hati yang dipuja-puja adakah cinta itu punya mata? andai salah kenapa kata cinta itu buta adakah cinta itu hidup? kerana sang kekasih mengatakan cinta mereka cinta mati cinta itu punya apa sebenarnya kasih plus sayang yang tak berbelah bagi atau ia tak dapat digambarkan melalui kata-kata mungkin kerana cinta itu anugerah paling indah cinta menjadikan manusia hargai diri dan insan lain cinta jadikan manusia sebaik-baik manusia

Success Recipe

Percaya sementara orang lain ragu-ragu Rancang   sementara orang lain bermain-main Belajar   sementara orang lain tidur Putuskan sementara orang lain teragak-agak Bersedia   sementara orang lain berangan-angan Mula   sementara orang lain berlengah Bertahan   sementara orang lain berundur. - William Arthur Ward

Jalan-jalan kat KLCC

Image
Semalam pi jalan-jalan kat KLCC dengan family cousin aku..best tau! aku enjoy jugak..hehe..nie gambar bangunan berkembar Petronas...dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia..kebanggaan aku jugak..nak tahu tak bangunan nie memiliki ketinggian 452 meter dan mengandungi 88 tingkat..fuyoo! tinggi kan? nak tahu lagi tak ada jugak orang panggil bangunan nie jagung besar..hehe..ada rupa macam jagung ya?..pastu ada jugak kata macam aiskrim..la aiskrim bentuk kon tu..macam-macam kan. jadi sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur dengan apa yang mampu negara kita capai  saat ini..so, we must appreciate it right? dan yang penting jangan biarkan negara kita dijajah lagi baik dari aspek fizikal mahupun rohani.. nie plak gambar aku dengan anak cousin aku..hehe..nama dia Mohd. Hazriq..cute kan?..hehe..jangan salah sangka k yang cute tu budak tu..hehe..tengok la betapa ramainya pengunjung KLCC nie..bermacam-macam bangsa dan ragam tau!..pelancong dari luar pun ramai jugak..harap-hara

Muslimah sejati

Image
Pabila teruna memandang dikau Kau tunduk mengelak panahan syaitan Pabila teruna mendekati selangkah Dikau berundur beribu langkah Pabila teruna memujuk rayu Dikau anggap itulah kalimah iblis & syaitan Pabila teruna menuturkan harapan indah Dikau yakin janjiNYA lebih bahagia disana Kerana kau mengerti dan menyedari akan Erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tak semurah itu untuk ditukar ganti

Tentang DIA - by Sherry

Image
Aku jadi tak keruan bila hati mula bicara tentang Dia Aku jadi tak siuman bila jiwa mula meronta-ronta ingin dekat dengan Dia Kenapa dan bagaimana ia berlaku aku tak pasti Saat aku mula mengenaliNya aku sudah jatuh cinta Mula mendengar kalam pujanggaNya Alunan merdu sang penyair menyanyikan lagu-lagu cinta Dari bait-bait terindah yang Dia cipta Sungguh menyelami jiwa yang terdalam Memberikan sejuta pengharapan kepada manusia yang dahagakan kebahagiaan