Wanita gagah bila...

Perempuan sering kali dianggap sebagai manusia yang paling lemah. Perempuan tidak segagah dan sekuat kaum Adam. Tapi kegagahan perempuan bukanlah pada pejalnya otot badan, kuatnya badan dalam pertempuran tetapi kegagahan perempuan terletak pada kekuatan perasaan. Kerana hakikat kaum Hawa adalah penuh dengan emosi. Perempuan yang gagah adalah: 1. Perempuan yang tahan apabila menerima sebuah kehilangan. Kehilangan orang-orang yang disayangi. Kehilangan barang-barang yang berharga. Dia takkan lemah menghadapi kehilangan kerana dia tahu dan yakin sepenuhnya Allah S.W.T takkan menguji sesuatu kepada hambah-hambahNya di luar batas kemampuan mereka. 2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Tidak takut pada kekurangan. Kerana kemiskinan dan kekurangan itu lebih bermakna dan lebih dekat denganNya. Kita takkan berhenti berdoa dan meminta rahmatNya tak kira waktu. Kita akan lebih mengingati Dia saat kita kesusahan dan kesukaran....