Andai - by Sherry

Andai derita itu milikku
Aku redha

Andai kecewa itu pengajaran buatku
Aku pasrah

Andai sepi itu temanku di sini
Aku akur

Andai kerinduan itu mengingatkan aku pada mereka
Aku beryukur
Kerana kerinduan itu adalah anugerah terindah

Andai jalan hidup ku penuh liku dan duri
Ku mohon ya Allah
Jangan sesatkan aku dalam terang cahayaMu
Jangan palingkan aku daripada hidayahMu

Aku hanya manusia biasa
Punya kelemahan dan kekurangan
Dan aku yakin aku tak terlepas daripada pandanganMu
Daripada perhitungan dan janji-janji Mu

Comments

Popular posts from this blog

Penguasa Kastam W41

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort

kenali UMT..my uni