Cerita si anak laut - by Sherry

Sebuah keluarga tinggal di hujung dunia
Tiada harta mahupun tanah
Rumah usang menjadi saksi
Derita di masa muda hingga kini

Hidup mereka teramat susah
Hasil lautan punca rezeki
Di kala musim tengkujuh menjengah
Perut harus diikat rapi

Hidupnya penuh duri dan liku
Setiap keinginan pasti didahului kesusahan
Namun akhirnya akan ada jalan keluar
Kerana Dia yang Maha mengasihani insan yang terus berjuang

Kemiskinan
Di mana semua kemahuan terbatasi
Di mana semua keinginan tinggal angan angan
Dimana keperluan takkan terpenuhi

Perut terpaksa menahan lapar
Perlu bergelap setiap malam
Hujan menjadi saksi semalam

Derita hidup penuh kelam

Dia hanya insan kerdil
Namun semangat tetap utuh
Menjadi perwira di medan perang
Penghapus kemiskinan tegar

Cita, cinta dan impiannya setinggi awan
Ingin makan makanan yang paling enak dan mengenyangkan
Belayar menjelajah ke seluruh dunia
Dan menuntut ilmu sehingga penghujung jalan cerita

Comments

Popular posts from this blog

Penguasa Kastam W41

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort

kenali UMT..my uni