Semalam - by Sherry


Semalam aku disini
hari ini aku tetap disini
menanti dan terus menanti
menunggu saat bahagia akan kembali.

Semalam hanya tinggal sejarah
hari ini realiti yang tak bisa aku ubah
mencari dan terus mencari
kebahagiaan yang telah lama pergi.

Semalam takkan ku tangisi
andai hari ini duka menjengah lagi
kerana aku terus yakini
aku punya Dia yang sentiasa disisi.

Comments

Popular posts from this blog

Penguasa Kastam W41

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort

kenali UMT..my uni