My Insta

Thursday, December 31, 2009

Muhasabah cintaku

Betapa lelah diriku ini..
betapa sakit kurasa..
Sungguh berat ujian dari Mu..
adakalanya aku hampir putus asa..
kaki ku hampir lemah untuk terus melangkah..
hatiku hampir mati tak bernyawa..
Namun kupasrahkan semua pada Mu..
hanya tawakkal pada ketentuan Mu..
Tuhan baru ku sedar..
sering kali aku terlupa..
betapa Indah nikmat sehari itu.
tak terbanding dengan apapun..
sungguh..
Tak pandai aku bersyukur..
Tak cukup aku merasa puas..
ampunkan aku ya Allah..
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
Tuhan kuatkan aku..
Tuhan jadikan aku manusia yang tegar
Lindungi aku dari putus asa..
Lindungi aku dari terus merasa lemah..

Friday, December 25, 2009

Wanita gagah bila...


Perempuan sering kali dianggap sebagai manusia yang paling lemah. Perempuan tidak segagah dan sekuat kaum Adam. Tapi kegagahan perempuan bukanlah pada pejalnya otot badan, kuatnya badan dalam pertempuran tetapi kegagahan perempuan terletak pada kekuatan perasaan. Kerana hakikat kaum Hawa adalah penuh dengan emosi. Perempuan yang gagah adalah:




1. Perempuan yang tahan apabila menerima sebuah kehilangan. Kehilangan orang-orang yang disayangi. Kehilangan barang-barang yang berharga. Dia takkan lemah menghadapi kehilangan kerana dia tahu dan yakin sepenuhnya Allah S.W.T takkan menguji sesuatu kepada hambah-hambahNya di luar batas kemampuan mereka.



2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Tidak takut pada kekurangan. Kerana kemiskinan dan kekurangan itu lebih bermakna dan lebih dekat denganNya. Kita takkan berhenti berdoa dan meminta rahmatNya tak kira waktu. Kita akan lebih mengingati Dia saat kita kesusahan dan kesukaran. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan penyayang.



3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. Perempuan yang rela berjauhan daripada insan tersayang baik yang masih hidup ataupun telah pergi menghadap Allah S.W.T



4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. Tidak meminta-minta benda yang di luar kemampuan dan tidak menurut nafsu. Perempuan yang tahu membezakan antara keperluan dan keinginan.



Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman. Sesungguhnya seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



Aku ingin jadi perempuan gagah. Tahan pada kehilangan, tak takut pada kemiskinan, tabah menanggung kerinduan dan aku takkan meminta agar keinginan ku dipenuhi. Aku ingin jadi seperti Khadijah. Isteri Rasulullah yang sungguh gagah. Sentiasa disisi suami tercinta tak kira susah mahupun senang. Aku ingin jadi perempuan gagah yang teguh dan kukuh imannya. Insya Allah

Thursday, December 17, 2009

Aku rindu - by Sherry


aku rindu ibu
aku rindu ayah
kasih sayang mereka buat aku bahagia
perhatian mereka buat aku gembira

aku rindu ibu
masakan ibu
belaian ibu
aku rindu berdamping dengan ibu

aku rindu ayah
kata-kata ayah
semangat ayah
aku rindu berdamping dengan ayah

walau jarak memisahkan jasad
namun di hatiku tetap dekat
biar waktu terus berputar
namun kerinduan itu tetap mekar

Friday, December 11, 2009

Matikah Hati Kita?..Renung-renungkanlah

Daripada Ustaz Zainudin Hashim


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah). Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74). Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.


Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:


 Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)


 Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28) Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

 Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
 Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
 Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
 Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
 Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
 Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
 Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
 Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
 Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
 Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;


 Hubbul dunia (kasihkan dunia)
 Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
 Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;


Zuhud dengan dunia
 Zikrullah
 Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh _

Sama-samalah kita muhasabah diri..yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari diri sendiri..

Wednesday, December 9, 2009

Bengkel Kuda di Terengganu Equestrian Resort

Sampai kat TER(TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT) tu kita orang kenal la dengan cikgu kita orang bak kata pengerusi KEC tu...sorang melayu sorang lagi indian..kita orang punya kelas special tau kat arena punyalah best angin dia.. firstly intro dia pasal teori la... tapi memang banyak benda nak kena hafal kena kenal kuda dari segala aspek.. apa nama bahagian-bahagian kuda dan macam-macam lagi..


nie la sifu-sifu kami, Encik Zahari & Mr. Lingesh
                  
Pastu kita orang ada praktikal juga tau itu yang penting sebenarnya. Firstly kita orang diajar macam mana nak dekati kuda, bawa dorang jalan dan membelok dengan betul... aq punyalah takut macam nak mati ja masa kena wat tu..berdebar-debar macam aq jumpa prince aq ja..hahaha padahal nak bawa kuda pi jalan-jalan ja...huh punyalah gabrah... kat bawah nie gambar aksesori kuda..bkn pakai tuk saja-saja tau! semua ada fungsi tersendiri..


dan yang nie plak muka-muka comel kuda yang ada kat TER



Tengah hari tu kita orang lunch kat restoran seri melor kat situ jugak... tapi best gila tau! Macam pi dinner ja... Cuma kita orang tak da la rupa nak pi dinner bab sumanya da bau kuda da...hehehehe makanan dia pulak memang sedap..rojak dia lagi sedap! Aq ganyang ja...hehehe bila lagi kan aq bayar RM60 tu... so tak baik membazir! Hihihi pastu kita orang pi solat la plak.. dah kita orang lepak jap kat anjung polo sedap siot angin kat situ best gila kalo tido kat buaian....hihihi memang tido mati ah jawabnya...

nampak sedapkan?..tapi memang sedap pn..hehe

Pukul 2.30 kita orang sambung kelas balik...teori la dulu kan! Cikgu kita orang tu bagi tau la tentang kuda, sifat-sifatnya, pemakanan, nak jaga kuda dan macam-macam lagi la.... pastu kita orang punya praktikal.. kita kena ajar macam mana nak bersihkan kuku kuda tau... dan memang ada caranya bukan main redah ja... firstly kena tepuk kuda tu dulu kena bagi tau kuda tu kita ada dengan dia..kena sentuh leher dia hingga ke bahu pastu ke kaki kuda tu.. nama kuda kita orang haidi..betina tau! Memang comel gila tapi pemalu siot..hehehe dah sentuh ke kaki kuda tu kakinya akan dinaikkan sendiri tau! Macam tau-tau ja...hehehe da biasa la tu..tapi kalau dia degil kena picit tendon kuda tau pastu dia akan naikkan kakinya la bagi kita senang nak bersihkan kuku dia.. kena bersihkan pakai hoof pick with brush tau..la grooming kit dia...bestkan ingatkan orang ja yang kena grooming tapi kuda pun nak jugak..isy isy! Jeles la tu...pastu nak pegang kaki kuda pun ada caraanya jugak..kaki depan tangan kita depan kaki dia tapi kalo kaki belakang tangan kita kena kat belakang dia bab untuk keselamatan kita jugak..kang tak pasal-pasal kuda tu terkejut time kita bersihkan kaki dia tak ke naya? Kena tolak bab dia da terkejut beruk..beruk pun tak terkejut macam tu...hahahaha da la tu kaki belakang paling kuat bab tendang-tendang plak tu...huhuhu

tengoklah betapa manjanya sang kuda nie..sumanya nak orang tolong pakaikan..huhu

pastu kami ada praktikal lagi... kami kena lepaskan kuda dalam padok dan tangkap kuda tu balik. Aku pegang haidi..bawa dia masuk padok pastu lepaskan healer dia...nasib baik itu kuda baik tak banyak buat hal...hari ini kami belajar mengenal makanan kuda...special dishes tau! Bukan sembarangan...punyalah mahal makanan dorang...siap diimport pulak tu...

final day bengkel..kita orang ambik kuda dan groom kan dia..hehe pastu bawa masuk kat arena dan setiap peserta kena naik kuda..hehe..tapi kuda jalan je la..seorang peserta plak akan pegang tali kuda(ada nama tapi lupa la plak) hehehe..so kita orang just wat satu pusingan je la..best tau! First time dapat naik kuda la katakan..walaupun takut tapi bila da selesa tu rasa macam tak nak turun je..hehe



da selesai kita orang ada explorace plak..huhu memang best gila..penat tapi kita orang hapy sangat-sangat..

Tuesday, December 8, 2009

Cinta - by Sherry

Cinta itu apa?
semua insan bicara tentang cinta
cinta kekasih hati yang dipuja-puja

adakah cinta itu punya mata?
andai salah kenapa kata cinta itu buta
adakah cinta itu hidup?
kerana sang kekasih mengatakan cinta mereka cinta mati

cinta itu punya apa sebenarnya
kasih plus sayang yang tak berbelah bagi
atau ia tak dapat digambarkan melalui kata-kata

mungkin
kerana cinta itu anugerah paling indah
cinta menjadikan manusia hargai diri dan insan lain
cinta jadikan manusia sebaik-baik manusia

Monday, December 7, 2009

Success Recipe

Percaya
sementara orang lain ragu-ragu
Rancang
 sementara orang lain bermain-main
Belajar
 sementara orang lain tidur
Putuskan
sementara orang lain teragak-agak
Bersedia
 sementara orang lain berangan-angan
Mula
 sementara orang lain berlengah
Bertahan
 sementara orang lain berundur.

- William Arthur Ward

Sunday, December 6, 2009

Jalan-jalan kat KLCC

Semalam pi jalan-jalan kat KLCC dengan family cousin aku..best tau! aku enjoy jugak..hehe..nie gambar bangunan berkembar Petronas...dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia..kebanggaan aku jugak..nak tahu tak bangunan nie memiliki ketinggian 452 meter dan mengandungi 88 tingkat..fuyoo! tinggi kan? nak tahu lagi tak ada jugak orang panggil bangunan nie jagung besar..hehe..ada rupa macam jagung ya?..pastu ada jugak kata macam aiskrim..la aiskrim bentuk kon tu..macam-macam kan.


jadi sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur dengan apa yang mampu negara kita capai  saat ini..so, we must appreciate it right? dan yang penting jangan biarkan negara kita dijajah lagi baik dari aspek fizikal mahupun rohani..

nie plak gambar aku dengan anak cousin aku..hehe..nama dia Mohd. Hazriq..cute kan?..hehe..jangan salah sangka k yang cute tu budak tu..hehe..tengok la betapa ramainya pengunjung KLCC nie..bermacam-macam bangsa dan ragam tau!..pelancong dari luar pun ramai jugak..harap-harap mereka enjoy kan holiday kat Malaysia nie..


nie plak cousin aku dengan family member dia..husband and her kids..hehe..gaya macam nak sambut krismas je kan?..nasib baik santa claus takda kalo tak aku takkan lepaskan peluang nak minta hadiah..hehe..rasa-rasanya dapat lagi tak?..huhu..memang meriah tau dengan perhiasan-perhiasan sambutan hari krismas nie..nasib baik ja takda salji..mesti lagi best..hehe..baru perfect kan..


MERRY CRISTHMAS! hohoho..cute tak kereta antik nie? huhu kalo la ada orang yang bagi nie kat aku sure aku wat perhiasan depan rumah punya..hehe..simpan wat kenang-kenangan untuk anak cucu nanti..lagi best kalo dapat daripada orang yang kita sayang..mesti bermakna sangat-sangat.
 
time to eat! da penat jalan-jalan tu kena la pi makan kan..so kita orang pi makan la..tapi lupa la plak nama menu dia apa..panjang sangat..hehe..tapi yang aku tahu itu dinamakan hot plate..sedap tau! especially makan time panas..huhu..berasap!


time to say gud bye!..huhu..peace no war ok! haha..Mohd Aiman said "peace! mummy minta 20 sen"..hahaha..just kidding

THE END

Friday, December 4, 2009

Muslimah sejati

Pabila teruna memandang dikau
Kau tunduk mengelak panahan syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah
Dikau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu
Dikau anggap itulah kalimah iblis & syaitan
Pabila teruna menuturkan harapan indah
Dikau yakin janjiNYA lebih bahagia disana
Kerana kau mengerti dan menyedari akan
Erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tak semurah itu untuk ditukar ganti

Tentang DIA - by Sherry


Aku jadi tak keruan bila hati mula bicara tentang Dia
Aku jadi tak siuman bila jiwa mula meronta-ronta ingin dekat dengan Dia
Kenapa dan bagaimana ia berlaku aku tak pasti



Saat aku mula mengenaliNya aku sudah jatuh cinta
Mula mendengar kalam pujanggaNya
Alunan merdu sang penyair menyanyikan lagu-lagu cinta
Dari bait-bait terindah yang Dia cipta



Sungguh menyelami jiwa yang terdalam
Memberikan sejuta pengharapan
kepada manusia yang dahagakan kebahagiaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...