My Insta

Thursday, December 6, 2012

Kerja Makan Gaji @ Jadi bos: Yang mana lagi berbaloi??


Lulus exam semata-mata tak semestinya anda yang terbaik. Lulus exam saja tak menjanjikan anda akan jadi kaya pada masa depan. Tapi saya percaya andai kita punya azam yang tinggi, berani mencuba dan ambik risiko tiada apa yang tak mampu kita buat. Makan gaji seumur hidup baik @ tak? Persoalannya bukannya nak katakan makan gaji tu tak bagus dan tak menyenangkan hidup. Bagi sesiapa yang inginkan kemewahaan tapi hanya kerja makan gaji sah memang hanya berangan-angan sajalah jawabnya. Makan Gaji maksudnya duit gaji hanya untuk makan dan keperluan lain. Ia takkan mampu memberi kemewahaan.

Nak jadi bos bukan kerja senang. Bukan mudah nak jadi bos yang kaya raya. Kena bijak ambil peluang, kena berani ambil risiko, dan yang penting kena istiqamah(berterusan). Kalo gagal pada permulaan da give up alamatnya takkan kemana la tu perniagaan. Tak kemana la tu orang. Orang yang berjaya mencipta nama tak pernah putus asa, mereka bermula dari bawah dan adakalanya mereka bukannya berpelajaran tinggi setinggi gunung everest itu. Tak semestinya kena ada PHD baru boleh berjaya. Yang penting otak kena geliga mencari peluang-peluang yang ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...